Wednesday 27 March 2013

Duhai Suri Rumah...

Duhai suri rumah yang kental jiwanya untuk Islam.
Pelengkap dirimu bukan kerana dunia rumah tangga semata-mata..
Namun Ilmu Allah jua bermakna untuk kemudikan keluargamu ke syurga abadi...
Kerana ia jua disoal oleh sang para Malaikat akan kewajipan di dunia yang fana..

Duhai pelengkap hidupku...
Hadirmu bukan menjengah untuk meringankan beban...
Malah perkongsian ilmu, didikan mu, asuhan mu...
Sangat bermakna buatku yang bergelar anak...

Duhai pelindungku..
Lindungilah aku seperti mana kau melindungi dirimu agar terpelihara akhlak pekertiku...
Akan ku abadikan kasih sayang mu sehingga ke akhir hayatku..
Duhai penjaga ku yang bergelar Ibu dan Ayah...
Tidak pernah ku lupakan jasamu untuk mendewasakan ku sejak kecil...
Daripada aku merangkak, bertatih dan berjalan...
Berjalan untuk mencari jalan yang Engkau redhai-Nya..

Duhai Pemilik sekalian Alam..
Hidupkan lah jiwa ini dengan benih semaian yang berpintalkan keimanan..
Kerana ku tahu fikrah manusia untuk yang terbaik buat dirinya..
Maka,
Jadikanlah aku sebagai jundullah yang sentiasa mengingati akan rahmat yang telah Engkau limpahkan..
Agar aku mampu bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku..

Jika hari ini aku lalai,
Ingatkan aku dengan ujian-Mu,
Jika hari ini aku malas,
Ingatkan aku dengan ihsan dari-Mu,
Jika hari ini aku lemah,
Berikan aku kesempatan untuk bertaqarrub dengan-Mu..

Semoga...
Jiwa yang rapuh ini..
Bisa disirami dengan air yang jernih...
Bisa dirawat dengan penawarnya ketaqwaan pada-Mu...

Allahu Akbar!
Coretan buat jendela hatiku yang mudah rapuh..
Mendoakan kebaikan ibu bapa adalah perkara yang wajib dilakukan!
Sesungguhnya doa ibu bapa adalah senjata dan kunci segala-galanya rezeki kita...
Jadi, fikir-fikirkan dan selamat beramal....
Amin...Ya Rabb.



Syukran jazilan khairan kathira buat umi tersayang...
Keranamu ku mengenali dunia..
Keranamu ku kenali erti hidup berdikari..
Kerana ayah jua..
Ku mampu bertatih untuk mencari bekalan ilmu buat di akhirat kelak...
Allahumma Amin...

Tuesday 26 March 2013

Kerana Ujian Dari-Nya!



Kerana Ujian dari-Nya….

Hidup ini Persis pelangi..
Ingin ku ceriakan dengan warna-warna nan indah…
Begitu jua bulan dan matahari, ada gerhananya..
Dan begitulah flora dan fauna ada habitatnya untuk meneruskan survival di alam fatamorgana…

Sungguh hebat ujian hidup!
Diberi kesenangan agar hidup selalu dipermudahkan…
Diberi ketenangan agar hidup bisa menjadi tenang…
Diberi kemewahan agar diri bisa berkongsi dengan yang lain…

Namun!
Diberi ujian agar kita selalu bertaqarrub kepada-Nya…
Mungkin….
Kita akan tertanya-tanya, bila doa yang dipohon akan dimakbulkan,
Bila rezeki akan berpihak pada kita,
Bila jodoh akan bertemu dengan yang soleh wal solehah,
Dan ternyata semuanya bergantung pada konsep 5W…

Percaya pada Allah SWT,
Ujian itu adalah jalan bagi hamba-Nya untuk meningkatkan darjat keimanan pada diri hamba-Nya…
“Tidak dikatakan beriman,sebelum mereka belum diuji…”
Bila hati berbicara…
Wujud pelbagai perkara yang belum kita ketahui apa yang bakal terjadi dalam hidup kita..

Benarlah!
Kita sebagai hamba, mampu berdoa menginginkan yang terbaik dalam hidup…
Benar juga, sebaik-baik perancangan manusia, lebih baik lagi perancangan dari Allah SWT…
NAMUN,
NIKMAT yang manakah kamu mahu dustakan!
Ikatlah rasa nikmat itu dengan bersyukur,
Ikatlah ilmu itu dengan mengamalkannya agar hati dan roh di dalam jiwa kita tidak berhenti mencari lubuk keredhaan-Nya…

Apa gunanya lautan luas terbentang,
Jika fikiran pun melayang-layang…
Apa gunanya langit nan biru
Jika jiwa pun tak menentu…..

Jadi,,,
Kembalikanlah jiwa-jiwa yang rapuh itu pada fitrah-Nya….
Sungguh,Allah itu Maha Pengampun Maha Mendengar….
Jangan letakkan racun dalam hati yang telah dinodai…
Kelak hidup kita yang rugi..
Jangan buang rasa menyesal akan silap yang lalu..kerana dengan menyesal itu kita akan selalu memperbaiki khilaf yang lalu…

Bertasbih, bertahmid, beristighfar…
Memuji nama-nama Allah SWT…
Berselawat ke atas para rasul-Nya agar diberi syafaat suatu hari kelak…
Berdoa dan meminta…
Agar terus menjadi dhuyufurrahman yang disambut dengan jalan kesudahan yang baik…
Allahumma Amin…

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya : “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertologan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah:
“Allah swt telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

Pengajaran:

§        Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

§         Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah SWT supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah SWT.

§        Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alas an Allah itu Maha berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

§         Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang, tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah SWT.

§        Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa…

*Tatkala tulisan ini usai ku coretkan…Ku cuba muhasabah, Masyaa Allah, jika perkataan KALAU itu ku lafazkan tidak terhitung jumlahnya….aku diam seketika..merenung percaturan Allah yang telah memberi perancangan yang terbaik ke dalam hidupku…bersabar wahai hati yang mudah rapuh..moga akan ada nikmat dan rezeki yang belum kamu ketahui..Allahu Akbar!
**

Ini Kisah Tok Wan!


                  Inilah hasil tanaman lobak sebelum arwah meninggalkan kami..masih lagi segar.


Arwah banyak menanam sayur di halaman kebun belakang rumahku...


Inilah wajah arwah yang ceria walau umur sudah menjangkau 86 tahun...semoga arwah digolongkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...


Ini hasil tanaman kacang panjang...sungguh subur tanaman arwah!

Ku cuba nukilkan kisah ini...

Kisah ini benar...namun ku nukilkannya menjadi cerpen..sesiapa yang sudi membacanya jangan sedih, cerita ini dibuat untuk imbasan sepanjang arwah ada..dan kisah ini belum sempurna lagi...ada masa saya akan tulis kemudian..insya Allah!

*Mohon doa dan Al-Fatihah buat arwah tuk Wan Saya : Wan Hussin Wan Hassan yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Jun 2012, jam 1.30 pm di Hospital Kuala Krai akibat kemalangan.


Kali ini aku mengambil cuti untuk pulang ke kampung. Aku ingin sekali melihat halaman kampungku nun jauh di mata. Aku amat merindukan suasana kampung yang aman dan damai. Rindu akan reban ayam ayahku, dusun buah-buahan yang pelbagai. Alhamdulillah rezeki Allah tidak putus-putus untuk hamba-Nya. Namun di sebalik kisah ini ada terselit duka. Allah lebih menyayangi arwah atukku Wan Hussin Wan Hassan. Beliau sangat terkenal dengan sikap pemurah, masakan tidak semua orang kampung suka akan beliau. Tetapi sayangnya, beliau meninggalkan kami akibat kemalangan. Sungguh pedih hati ini untuk menerima segalanya. Terutama ayahku yang merupakan anak ke-2 daripada lima adik beradiknya.

Hasil tanaman sayur-sayuran yang pelbagai di halaman belakang rumahku masih lagi segar dan subur. Tanah yang masih lagi gembur dan merah menandakan baharu sahaja diusahakan oleh arwah. Sungguh hati ini pilu ketika menukilkan kisah ini. Hati terlalu sebak! Namun coretan ini akan aku jadikan kisah benar bagi tanda ingatanku dan keluargaku. 100 hari sebelum pemergian arwah, arwah baharu sahaja pulang dari menunaikan umrah bersama anaknya Wan Som dan cucunya Amira Sofiya. Dengan pemergian ini, diharap Tok Wan dapat lagi kembali ke bumi Kelantan.

Ya..sememangnya Tok Wan kembali lagi ke tanah tumpah darahnya. Selepas itu, Tok Wan mula membajak tanah di halaman belakang rumahku untuk menanam pelbagai sayuran dan buah-buahan. Sungguh tubuh badan Tok Wan masih lagi gagah walau usia mencecah 86 tahun. Sedikit pun tok wan tidak pernah menzahirkan lelah penatnya. Itulah yang membuatkan tok wan nampak begitu bertenaga. Aku sentiasa mendoakan tok wan panjang umur dan sihat tubuh badan. Namun ajal maut itu Allah yang tentukan. Kita sebagai hamba perlu menerima takdir-Nya dengan ikhlas dan redha.
Saban hari, aku berada di kolej..

Tiba musim yang dinantikan! Cuti semester kembali lagi. Hati ini diusik rasa gembira untuk pulang ke kampung. Aku menaiki bas pada hari itu untuk pulang ke kampungku. Samapainya aku pada petang nan senja di kampung halamanku. Sungguh cantik pemandangan matahari yang terbenam di ufuk barat. Ku lihat kelibat tok wan yang pulang dengan menaiki motosikalnya. Seperti biasa adikku jua sempat menyediakan minuman dan kuih pada tok wan. Pesan ayah, “jangan dilupakan soal makan minum orang tua.” Hatta orang itu sama ada jiran tetangga kita atau saudara yang terdekat dengan kita. Maka di sini ayah mengajarku dan adik beradik yang lain menghormati tetamu yang datang ke rumah. Terima kasih ayah!

Pada keesokkan harinya. Entah kenapa pada hari itu mataku rasa mengantuk sangat. Namun, ku gagahi jua untuk meneruskan kerja-kerja rumah pada pagi itu. Aku perasan bunyi enjin motosikal tok wan datang lagi. Agakku mungkin tokwan datang untuk meneruskan kerja di kebun halaman belakang rumahku. Aku terus ke dapur untuk mencuci pinggang mangkuk di singki. Tiba-tiba, deruman enjin motosikal tok wan meninggalkan kediaman rumahku. Agak pelik kerana begitu sebentar tok wan datang pada pagi itu. Rupanya tok wan ingin ke kebun yang satu lagi untuk menjenguk biri-birinya di kandang yang tidak jauh dari rumahku.
Gedebuuutttttttttt….penggggggg!!!! (gimik bunyi sesuatu yang berlanggar) tika ini aku fikir, agaknya lori Pak Lah yang mengangkut besi buruk yang kedengaran. Bisikku lagi, agaknya besi-besi yang jatuh di bahu jalan.
Kring….kring…kring…telefon ayah mula berbunyi. Tidak sempat ku jawab, lantas along mendapatkannya. Assalamualaikum,..salam didahulukan. Kelihatan riak wajah along bertukar kerisauan…Astargfirullah… terdengar lafaz istifar dari bibir along. Aku sendiri terpinga-pinga melihat along sedemikian rupa.  “kenapa long?” soalku dengan perlahan.
“Cepat-cepat bagitahu ayah, tok wan kemalangan.” Aku bagai tak keruan pantas menuruni anak tangga untuk mendapatkan ayahku yang berada di halaman reban ayam kampung.
“Ayah,ayah,ayah…!” jeritku.
“Kenapa dengan kamu ni.” Ayah sangat terkejut dengan panggilanku.

Wednesday 20 March 2013

Ukhwah Ini Demi Cinta Agung-Nya



Duhai teman sejatiku...
Masihkah kau semadikan di minda
Bahawa ukhwah yang terjalin antara kita
Adalah cinta tulus bersulam taqwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Menjadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta..

"Ana Uhibbuki Fillah"

Thursday 14 March 2013

Keringat Terakhir...


Alhamdulillah..saya masih diberi sedikit ruang untuk meneruskan coretan di blog Indahnya Percaturan-Mu.. ya sungguh indah, diberi akal, nikmat Islam dan Iman.. dilahirkan dalam benih keimanan, semoga Allah swt melindungi saya dan keluarga saya serta kaum muslimin dan muslimat yang lain. Insya Allah...

Tidak terhitungnya jasa kedua ibu bapa saya yang menjaga dan mendidik saya sejak kecil... sungguh hati ini terharu kerana melayan karenah ku sejak kecil sehingga kini aku telah mencecah dewasa..barangkali ujian dari Allah itu sungguh manis bila seiring dengan sikap sabar yang berpanjangan..namun kita hanya manusia biasa terkadang alpa dengan sikap itu sendiri...

Umi...
pertama kali, anakmu ini melihat umi sedari bangun pagi untuk mencari nafkah bagi anak-anakmu ini. sungguh hati ini diruntum sebak..kerana umi tidak banyak mengeluh demi mencari sesuap nasi bagi membesarkan kami adik beradik...masih ku ingat lagi, malah segar dalam ingatan..umi membuat kuih-muih untuk letak di kedai makan bagi pendapatan lebih.. Aku dengan ringan tulang menolong umi daripada tidak pandai membuat kuih-muih sehingga aku pandai untuk membuatnya sendiri...

malah, terkadang umi memberiku nasihat agarku membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapanku. Aku rasa bersyukur...Ayah juga tidak putus-putus mendoakan kebaikan untukku.. Kata ayah.. Tuntutlah Ilmu untuk bekalan di dada...Kata ayah, memang benar. Aku terus menerus mengulangkaji pelajaran sewaktu berada kipsas...

Janjiku kerana Ayah dan umi...
Aku sedar kegagalan yang lalu, membuatkan umi dan ayh berduka cita denganku..saat itu hanya Allah SWT yang mengetahui bagaimana keadaaku..Namun hati ini bertekad ingin menggengam janji untuk belajar bersungguh-sungguh...Alhamdulillah, doaku seiring dengan kejayaan yang aku capai sehingga sekarang..aku mulai sedar,..kejayaan itu bergantung pada niat kita KERANA ALLAH...bukan kerana dunia! Subhanallah..
ajaib dan sungguh menakjubkan...

Keajaiban..
Dimakbul doaku dalam sujud supaya aku berjaya dalam pelajaran...usah dikenang waktu dahulu. Aku jauh berbeza...Bila bercakap soal rezeki..hari demi hari aku menghitungnya untuk mendapatkan sesuatu yang telah lama aku hajati..Iaitu menjadi seorang jururawat..saban hari aku berdoa semoga doaku dimakbulkan oleh Allah..segala jernih deraian air mataku bergelinangan memohon kepada Yang Esa dalam tahajud ku..
Teringat daku kepada ayah, selalu berpesan Tiada Jalan Lain Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah..sentiasa lah memohon doa dan bersungguh-sungguh meminta dari-Nya...Alhamdulillah! tidak terkiranya syukurku padamu Ya Allah. Aku mendapat tawaran untuk mengikuti kursus kejururawatan di Kolej Kejururawatan Kangar, Perlis...Saat itu aku tidak henti-henti berasa bersyukur kepada Allah SWT.

Istikharah jalan terbaik..
Memandangkan kedua-duanya adalah perkara yang baik bagiku.. Istikharah ku dahuluinya...Namun, sebelum itu, aku mula tekad ingin berhenti daripada kipsas. Namun pelbagai mehnah datang menimpaku. Setiap hari aku tidak berhenti memohon petunjuk dari Allah SWT agar Dia memberiku jalan yang terbaik dan jalan yang diredhainya..Walau pelbagai nasihat, pendapat daripada pensyarah dan kawan-kawan. Hatiku jelas tidak nampak sedikit pun jalan yang harus ku pilih..Namun ku tekad azam ini untuk keluar dari kipsas untuk menjalani kursus tersebut selama 2 tahun setengah..Hatiku berkata. "peluang bukan selalu datang, ilmu boleh ditimba walau di mana jua kita berada." Tapi peluang nak kerja sekarang amat terhad. Kononya masa itu heboh soal susah nak dapatkan kerja. Tambahan pula tawaran itu dari kerajaan. Aku berbisik sendiri..Pernah abangku berkata. "Peluang kerja itu sentiasa ada, cuma usaha dari kita itu sendiri sama ada hendak atau tidak. Selagi kudrat itu ada, belajarlah." Rezeki itu milik Allah. Pasti ke mana kamu pergi, sudah tercatat di Luh Mahfuz, hatta soal jodoh dan ajal maut sekalipun...Masya Allah, sungguh hati ini hiba menerima teguran nasihat daripada seorang abang untuk adiknya.

Hatiku berbelah bahagi...
Kenapa ayah tidak bercakap denganku? Adakah ayah kecewa atas pilihanku untuk nekad keluar daripada kipsas. Harapan ayahku terlalu tinggi buat diriku. Ayah mahukan yang terbaik buat diriku. Kenapa ayah, salahkah aku memilih thoriq (jalan) untuk haluan hidupku.. mengapa mesti ayah yang mengaturkan semua ini. Berderaian air mataku ini tatkala bermonolog sendirian...Ya Allah, aku mohon dari-Mu kekuatan dan ketabahan hati agar bisa merungkaikan segala perjalanan hidupku ini. Diberi rasa nikmat untuk bersyukur, diberi rasa kekuatan untuk melakukan suruhan-Mu, diberi ketaatan agar aku mampu menyanjung Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW... Tiada jalan lain, melainkan berserah pada Yang Esa...Tiba malam yang selama ini aku nantikan, hatiku berbisik sendiri untuk meneruskan lagi pengajian di kipsas.

Nekad sambung belajar...
Umi! jeritku..saya dapat rasakan yang Allah telah memberi jalan dan petunjuk untuk saya meneruskan lagi pelajaran di kipsas. Umi mengucapkan tanda syukur kerana doa darinya telah makbul. Yakni aku setuju untuk meneruskan pengajian ku semula di kipsas. Terlerai sudah kesedihan yang terbungkam di dalam hatiku ini. Namun, pelbagai lontaran kata-kata yang terpaksa aku dengar.
"Kau ni bodohlah, kenapa kau tak nak pergi lapor diri."
"Erm kenapa mak ayah engkau tak bagi kau ke sana."
"Eh rugilah engkau tak pergi nursing, peluang kerja susah nak dapat."
"Apasal lah engkau buta sangat, peluang ada depan mata pun lepas begitu aje."
Dan pelbagai kata yang terpaksa aku dengar. Aku mengadu pada umi...Umi cakap, biar apa orang kata. Orang tidak akan memahami konsep ilmu...luas dari segi makna. Yang diorang tahu nak kerja. Kata ayah, jangan sedih..orang berilmu disanjung mulia, Allah akan mengangkat darjat seseorang yang berilmu du mata dunia dan akhirat! MasyaAllah. Ayah begitu kuat untuk memberiku semangat untuk meneruskan pelajaranku di kipsas. Begitu juga murabbiku dan sahabatku yang lain. Setiap kesulitan itu terlindung satu hikmat yang belum kita ketahui...

Benar...Allah yang maha berkuasa Untuk Mengatur Kehidupan Hamba-Nya!
Benar...Allah Maha Mendengar segala rintihan dan tangis dalam kita bersujud!
Benar...Allah juga Yang Maha Memberi segala-galanya..sama ada rezeki, nikmat, Kejayaan, Kesenangan..
Kun Fayakun!

Allahu akbar..Indahnya Percaturan-Mu