Wednesday, 10 April 2013

Sulaman Ukhwah!



Kerana ukhwah!




Mengenalimu pada hari ini mungkin kerana Allah s.w.t
Dihantarkan oleh Nya untuk seseorang hamba yang ingin berubah ke arah kebaikan..
Itulah sebaik-baiknya hamba Allah yang di abdikan dirinya untuk saling ingat mengingati tentang agama Mu…
Ukhwah yang bersulamkan ketaqwaan pada Nya akan lebih indah di sisi Nya…
Kerana Allah s.w.t ku dipertemukan…
Kerana Allah s.w.t jua sikap ku banyak mengingati Mu…

Dahulu…
Keseronokan yang menjadi tembok…
Tembok antara pemisah ku dengan ingat dan lupa…
Bahawa keseronokan yang dimiliki pada hari ini bukannya berkekalan
Sebaliknya hati yang merana…

Kini…..
Ketaqwaan yang menjadi medan untuk kita
Di sini hati-hati kita akan lebih dekat dengan Nya
Meskipun hati ini rapuh dalam sedar…
Terkadang diriku alpa…
Maka bersangka baiklah dengan Nya…
Moga Allah pelihara kita…

Amin.. J


Monday, 8 April 2013

Hayya Alal Falah!

Alhamdulillah..

Sejarahku tercipta...
Aku bersyukur dengan pemberian-Mu ini Ya Rabbi..
Tidak mudah untuk menggapai awan nan tinggi tanpa usaha dan pengorbanan yang jitu..
Di sini ujian dan dugaan yang mentarbiyahkan diriku..

Belajar dari kegagalan itu yang pasti..
Belajar dari kisah para sahabat dan rasul-Nya...
Kegigihan..
Ketekunan..
Kesabaran...
Kunci segala lorong kejayaan...

Janji Allah itu pasti..
Diberi kepada hamba yang betul-betul ikhlas ke jalan-Nya..
Maka sentiasa bersangka baiklah dengan Allah s.w.t..
Kitabullah jadikan sebagai panduan..
Al Sunnah menjadi pegangan..
Hadis nabi menjadi tauladan...

Allahu Akbar...
Islam itu sangat indah...
Diberi ujian tanda kita beriman pada-Nya..
Agar hati sentiasa redha pada Qada dan Qadar...
Benarlah wahai teman seperjuanganku!!!!

"Man Jadda Wajada : Kesungguhan akan membuahkan hasil"

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (al-Nisa' 4:13)

Hayya Alal Falah :)

27 Jamadil awal 1434H : Penerimaan anugerah dekan bersama Dato Presiden Hj. Yahya Zainal Abidin

Kata beliau : tiga musuh yang perlu di jauhi :

1. Buat perkara senang sahaja
2. Keadaan yang selesa
3. Malas belajar

Syukran Jazilan khairan kathira' !!

Sunday, 7 April 2013

Kerana diari itu...


Blog...

Dari kecil lagi ku sedari ianya wujud...
Namun ku hanya mampu bertatih pada sehelai kertas...
Segala jiwa rajukku...
Segala suka dukaku...
Ku lakarkan pada lembaran diariku...

Menyedari...
Bahawa hakikat untuk menulis itu sangat penting..
Ke mana sahaja ingin ku catatkan dalam diari...
Sungguh..
Aku benar-benar ingin menulis...
Namun..
Hari ini saya punyai blog untuk menukilkan segalanya...
Tapi apa yang saya nukilkan ini 
Hanya sekadar perkongsian bersama...

Kata ayah "bila anak ayah nak jadi penulis?"
Aku hanya terdiam sejenak
Tapi persoalan itu hanya dituju kepada kakakku..
Memandangkan kakak pemegang "master"..
Tapi perbezaan gelaran ikhtisas bukan menjadi ukuran!

Benarlah!

Akan ku cuba untuk menjadi pena yang sedia untuk menulis...
Tanpa pengetahuan dari si ayah...

~Uktub bil Dakwah~ :) : insya Allah :

Diam Vs Lembut...

Diam?
Walaupun dia berdiam diri...
Diamnya bukan dungu...
Bahkan ada ilmu yang dapat kita kongsikan bersama...
Diamnya bukan lagi untuk kita sombonginya...
Malah diamnya itu untuk berfikir...

Lembut?
Walau tampak lembut sikapnya..
Namun dirinya tampak tegas..
Lembutkah yang kita kaguminya?
Harus...
Kerana Rasulullah s.a.w. bersikap lemah lembut terhadap umatnya hatta kaum yahudi yang mengkhianati Baginda sendiri...

Maka contohilah sikap Rasulullah s.a.w...
Laukana Bainana... :)

Redha, Barakah dari-Nya..

Jika kesombongan diri menebal..
Ingatlah bahawa kesenangan yang kamu kecapi itu adalah milik Allah s.w.t..
Jika ilmu yang kamu ada bagai gunung yang didaki..
Ingatlah bahawa ilmu yang diperolehi adalah untuk kita manfaatkan dengan baik..

Kesenangan tanpa redha dari Nya tidak menjamin kebahagiaan yang hakiki..
Kebijaksaan yang diraih tanpa barakah dari Nya tidak menjamin kejayaan yang abadi..

Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa..
dan...
Barakah ilmu itu terletak pada murabbi kita...

Aiwahh... :)
Didik hati untuk menerima segala ketentuan dari-Nya...Insya Allah akan ada hari yang terbaik untuk kita..


Bila usia meniti tua...

Semasa majlis tahlil arwah (40 hari) datukku Wan Hussin Wan Hassan




Tatkala usia meniti tua..
Ku lihat muda mudi makin rancak di jalanan
Jalanan itu berpaksikan haluan nan sendiri
Tidak bersuluhkan keimanan dan ketaqwaan..

Mengapa wahai anak watan?

Kecanggihan duniawi seiring dengan dunia globalisasi
Tidak dipupuk zaman berzaman
Nafsu jua turut berlumba di sana sini
Mencari jalan untuk pulang...
Pulang dengan mencari satu kepuasan hidup...

Kita lupa...

Yang menghidupkan kita...
Yang mematikan kita...
Hatta yang bersoal jawab dengan kita di kampung abadi kelak yakni di akhirat..

Bila usia meniti tua...

Hartakah yang ingin dikumpul?
Duitkah yang ingin disimpan?
Paras rupakah yang menjadi ukuran?
Kesenangankah yang mampu membahagiakan?

Bagaimana pula bila usia semakin di mamah...

Adakah amalan kita sudah banyak dilakukan?
Adakah dengan zikrullah terzahirnya ingatan kita pada-Nya?
Adakah kita bersyukur dengan nikmat Allah yang kita kecapi pada hari ini?

Jika hati berkata-kata.
Maka muhasabah lah penawarnya...

Sekadar renungan buat diriku yang makin meniti usia.. :)



Teman Tiada Penggantimu...



Kenangan tika program Malam Media di kipsas bersama sahabat Sayyidatina.. :)