Cerpen


Alhamdulillah...
Bersyukur saya pada hari ini kerana masih lagi diberi ruang dan waktu untuk saya berkongsi kisah ini kepada sahabat-sahabat. Hujan yang lebat tika ini membuatkan saya teringat betapa Allah itu Maha Agung, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan Maha Mengetahui segala rintihan seorang Hamba-Nya....

Bermulanya kisah ini ketika saya tamat tingkatan enam...tiada siapa ketahui hati ini terlalu gundah untuk menghadapi hari-hari akan datang. Masakan tidak, kegagalan yang besar dalam hidupku menyebabkan umi dan ayah begitu kecewa dengannku...aku bagai tidak keruan  untuk memujuk hati nan sendiri bagi memulihkan keadaan diri yang lemah begitu longlai..

Hari demi hari berlalu, ku gagahi dengan kudrat yang ada..agar diri ini tidak tidak terus jatuh tersungkur dek kegagalan dalam peperiksaan...bagiku inilah langkah pertamaku untuk aku berubah..berubah wahai Si Hati.. Jika bukan kerana hati kita yang tidak mengubah niat itu sendiri..siapa lagi yang ingin mengubah nasib kita pada hari ini...Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka."


Yee..sememangnya begitulah hakikatnya...diri ini mulai sedar bahawa ilmu itu sangat penting buat bekalan di akhirat nanti...Ayah pernah berkata "carilah ilmu sebanyak mungkin,yang membezakan kita dengan makhluk lain adalah dengan adanya ilmu dalam diri..Allah SWT akan mengangkat darjat seseorang yang berilmu..." Begitulah bait-bait kata yang pernah dilontarkan oleh ayah sewaktu diri ini terkapai-kapai dek kegagalan yang aku rasai. Saat itu, tiada seorang pun yang ingin memandangku sebagai anak yang baik. Bagi pandangan mereka aku telah banyak membuangkan masa di bangku sekolah, memonteng kelas dan seumpamanya..Subhanallah!

Terasanya bagai amanah itu aku tidak laksanakan dengan amanah! Disuruh belajar, namun tidak ku ambil peluangnya untuk manfaatkannya dengan sempurna. Malah aku buat tak endah..Namun, Allah menganugerahkan aku kedua ibu bapa yag sangat perihatin terhadap masa depan anak-anaknya. Sebaik-baik perancangan manusia, adalah lebih baik lagi perancangan Allah SWT... Sungguh! Allah itu mahu menguji hamba-Nya yang betul-betul ingin ke arah kebaikan..

YA!
Sememangnya aku berada di peringkat ujian dunia bukan lagi di dalam dewan peperiksaan..dan bukan lagi pada kertas putih malah saban hari aku perlu berfikir untuk membuat keputusan yang tepat bagi melanjutkan pelajaran seterusnya.

"Macam mana? Dah buat keputusan belum untuk sambung study ke kolej Islam?" soal umi. Erm..entah kenapa lidah ku masih kelu untuk bercakap..
"InsyaAllah Umi..saya akan sambung juga study ke sana." balasku dengan nada perlahan.

Kenapa hatiku sukar untuk redha, sukar untuk ikhlaskan diri untuk belajar. Walhal belajar itu suatu perkara yang wajib. Ilmu itu wajib dituntut! MasyaAllah..Duhai hatiku, lembutkanlah agar diri ini bisa melangkah kaki untuk berjuang dan terus berjuang menuntut ilmu buat perisai dalam diri ini sebagai hamba-Mu ya Allah. Ya Allah, kuatkanlah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini. Sesungguhnya aku mengetahui diriku ini sedang diuji. Selayaknya di uji dengan kemampuanku sendiri.

Hari berganti hari, aku terus melangkah kaki ke sebuah kolej Islam, di mana tempat inilah hatiku mula ditarbiyah oleh Insan yang bergelar Mursyid pada diriku dan para sahabat yang lain. Sungguh aku berasa kerdil, sungguh aku berasa ceteknya ilmu agama-Mu ya Allah... Moga hati ini terus memperjuangkan martabat sebagai pendamba ilmu yang hakiki. Aku mula kenal dengan beberapa sahabat yang lain, sesi orientasi mula diadakan. Pelbagai aktiviti diadakan. Sugguh hati ini amat gembira. Mengenali kawan yang pelbagai latar belakang. Hari yang seterusnya, aku mula ditempatkan di dalam satu kelas..

Di sini bermulanya aku dan sahabat!
Duhai sahabatku! Sungguh aku berterima kasih padamu. Menemaniku kala aku kebutuhan, kesepian di landa badai masalah yang menimpa diriku. Atas dorongan dan nasihatmu wahai sahabat, aku mampu meneruskan pengajianku di sini. Tatkala kesedihan datang menjengah, hati ini terlalu memerlukanmu untuk meluahkan segala kejerihan di sanubariku.. Kenapalah hati ini terlalu emosi!

Saban hari, aku menokah anak tangga untuk ke kuliah. Tiba-tiba deringan telefonku berirama. Panggilan itu datangnya daripada umiku.. "Assalamualaikum..." jawabku. Lantas umi memberitahuku suatu berita padaku yang agak sekian lama aku menunggunya. "Wassalam, umi nak bagitahu kamu yang kamu ada dapat tawaran temuduga separa perubatan."  "Maksud umi, jururawat ke?" Soalku dengan pantas.
"Ya lah, agaknya bila kamu akan dapat balik ke kampung nanti?" Erm..nantilah umi, saya fikir dahulu tentang ni, lagipun kelas dan assignment penuh sangat minggu ni." jawabku.
"Oklah, kalau macam tu takpe lah, nanti bila kamu nak balik. Jangan lupa bagitahu pada umi." Tiba-tiba talian putus! Tut...

Belum sempat aku berkata apa-apa. Ya Allah, Alhamdulillah. Kali ini dapat juga aku menghadirkan diri untuk temuduga. Tapi layakkah aku untuk hadir temuduga itu. Erm...tawakal sahajalah..soal dapat atau tak. Itu rezeki dari-Nya.

Tiba masanya aku pulang ke kampung.

to be continue...



No comments:

Post a Comment