Muhasabah


Mak, ayah..Redhakan Anakmu Ini

Benar...redha Allah sangat penting dalam sesebuah kehidupan manusia yang bergelar Muslim…Kerana apa? Kerana redha Allah juga terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Mereka yang membesarkan kita sejak kecil..meskipun kita sudah berjaya menggenggam segulung ijazah untuknya namun ia belum cukup untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita. Teringat saya akan kisah Ustaz Kazim Elias…Beliau pernah menceritakan bahawa ayahnya meninggalkan beliau semasa beliau berumur lapan bulan kerana ayahnya pergi menghadap Ilahi. Kesimpulannya, dosa Ustaz terhadap ayahnya sudah terlepas…kita yang masih mempunyai kedua ibu bapa ini masih lagi boleh melihat ibu dan ayah kita. Jangan menyesal seandainya mereka pergi terlebih dahulu daripada kita tanpa mohon maaf kepada mereka. Ketika mereka masih hidup inilah kita perlu menghargainya. Kerana kasih sayang kedua ibu bapa kita tiada galang penggantinya.

            Pernah kita terfikir semua itu? Ayuh sama-sama kita renungkan segala pengorbanan mereka untuk mendewasakan kita sejak kecil lagi… Subhanallah! Mereka ini sedikit tidak pernah mengeluarkan kata-kata jemu untuk mendidik anak-anaknya.. mereka inilah yang sanggup bangun tengah malam untuk melihat keadaan kita tika kita nyenyak tidur. Mereka inilah yang mendukung kita tiap tangisan si kecil berpanjangan… mereka inilah yang membuatkan susu dan berjaga malam untuk kita. Sehingga mereka sanggup tidak tidur semata-mata untuk menjaga kita. Siang pula, kita ditemani ibu bapa untuk menghiburkan kita.

            Bila sudah tiba masa si anak untuk menerima asuhan didikan. Ibu sanggup pula bergadai wang ringgit untuk menyekolahkan anaknya sehingga si anak berjaya ke menara gading…pelbagai permintaan si anak terhadap ke dua ibu bapanya bila mereka telah dewasa. Walhal si ibu bapa ini tidak pernah sesekali meminta satu sen daripada si anak. Subhanallah! Apakah kita sudah lupa akan hal ini? Pernah ke kalian merenung wajah mereka ketika mereka dalam kepenatan..pernah ke kita mengusap jari jemari mereka yang berkedut dek usia yang semakin tua. Pernah ke kita tatap wajah mereka sehingga kita menitiskan air mata? Dan pernah tak kita tengok wajah-wajah mereka ini sewaktu mereka tidur? Ternyatalah wajah ini tersurat seribu pengorbanan buat kita…. Apa lagi yang perlu kita nafikan untuk ibu bapa kita wahai si anak…

            Saat si ayah mengadu kesakitan..tika itulah hati ini sebak di dada.. Ya Allah..ampunilah segala dosaku terhap ke dua ibu bapaku..mereka inilah yang banyak berkorban untukku selama ini.. teringat daku sewaktu kecil dan kini. Bila si anak sakit, pantas si ayah membawa si anak ke klinik atau hospital. Subhanallah! Sangat perihatin mereka terhadap si anak… diberi makanan kemudian disuap pula untuk kita…Tidakkah kau berasa betapa menggunungnya sayang ibu bapa kita terhadap si anaknya.. Ya! Kalian sangat menyanyangi kita semua..apa lagi kita selalu dijaga olehnya…sudah semestinya juga anak yang dijaga itu akan memberi kejayaan kepadanya satu hari nanti. Jika bukan segulung ijazah untuk mereka, mintalah dari Nya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Insya Allah…agar kita bisa bertemu di syurga nanti!

            Masakan anak boleh membenci ibu bapanya lagi? Kerana apa? Kerana mereka ini tidak mengikut kehendakmu? Kerana mereka ini tidak memberi kebebasan kepadamu? Sedarlah wahai si anak… mereka ini inginkan yang terbaik demi masa hadapan kalian semua. Ya! Semestinya.. maka sebab itulah kamu perlu belajar dan terus belajar… Kamu tidak mungkin akan menjadi kuat tanpa doa dari mereka. Kerana apa? Doa ibu bapa adalah kunci kejayaan kita pada hari ini. Jika mereka tidak redha akan kita, maka itu satu petunjuk kita tidak lagi berada di jalan Mardhatillah… Kerana kita lupa akan redha Allah jua ada kaitan dengan redha ibu dan ayah kita.

Jadi apa sumbangan kita untuk mereka?
Adakah hanya mengupah tok imam untuk mengimamkan solat jenazah mereka atau pun mewakilkan kepada orang lain untuk memandikan serta mengkafankan mereka.

Sedih! Kerana kesedaran dalam kalangan generasi muda sekarang untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat sedikit sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya tahu menyerahkan sepenuhnya kepada orang lain untuk melaksanakannya.

Bayangkanlah jika suatu hari nanti ayah atau ibu bapa kita meninggal dunia. Sanggupkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.
Dengan alasan “Saya belum bersedia lagi.”
Jika itu jawapannya maka sangat rugilah kita! Amat mendukacitakan sekali. Sedih sekali.

“Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada pada waktu kecil.”

Di dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan bahasa yang lembut.

Seperti firman-Nya yang bermaksud :
“…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengkin menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
(Surah al-Isra’ ayat 23)

Walau bagimanapun, perlu diingatkan, wang bukanlah satu-satunya mediaum untuk membalas atau mengenang jasa ibu bapa. Jangan tersilap konsep. Ramai menganggap dengan memberi wang kepada ibu bapa, maka dia beranggapan ‘sedang’ membalas jasa ibu bapa. Sedangkan membalas jasa ibu bapa lebih luas daripada itu.

Adakah kita sebagai seorang anak sudah bersedia memandikan, mengkafankan dan mengimamkan kedua ibubapa kita kelak? Allahu akbar. Belajarlah selagi ada masa sebelum mereka pergi meninggalkan kita dalam keadaan kita belum bersedia.

Wallahualam.

            Coretan ini sekadar luahan hati yang tulus dari penulis… seandainya ia tidak kena pada pembaca. Penggunaan bahasa juga adalah bahasa yang biasa.. Saya memohon maaf.. Sesungguhnya apa yang baik itu adalah datang dari Allah, apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya…segalanya lahir dari hati insan yang dhaif..
Wan Haron Wan Hussin dan Raihan Mohamad

Inilah ke dua ibu bapa saya yang mendidik saya dan mendewasakan saya hingga kini!
Terima kasih umi & wan.. jasamu takkan ku lupakan selagi nadi ini berdenyut..

SAYA SAYANG KALIAN... :)

“Umi, wan…Semoga doa kalian berpanjangan untuk anakmu ini dalam memperjuangkan diri di bumi Allah s.w.t…”
1.30 a.m / 22 April 2013… / ditemani alunan Qasidah Ya Badratin dan zikir taubat.. sungguh menenangkan jiwa.. 

No comments:

Post a Comment