Tuesday 26 March 2013

Ini Kisah Tok Wan!


                  Inilah hasil tanaman lobak sebelum arwah meninggalkan kami..masih lagi segar.


Arwah banyak menanam sayur di halaman kebun belakang rumahku...


Inilah wajah arwah yang ceria walau umur sudah menjangkau 86 tahun...semoga arwah digolongkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...


Ini hasil tanaman kacang panjang...sungguh subur tanaman arwah!

Ku cuba nukilkan kisah ini...

Kisah ini benar...namun ku nukilkannya menjadi cerpen..sesiapa yang sudi membacanya jangan sedih, cerita ini dibuat untuk imbasan sepanjang arwah ada..dan kisah ini belum sempurna lagi...ada masa saya akan tulis kemudian..insya Allah!

*Mohon doa dan Al-Fatihah buat arwah tuk Wan Saya : Wan Hussin Wan Hassan yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Jun 2012, jam 1.30 pm di Hospital Kuala Krai akibat kemalangan.


Kali ini aku mengambil cuti untuk pulang ke kampung. Aku ingin sekali melihat halaman kampungku nun jauh di mata. Aku amat merindukan suasana kampung yang aman dan damai. Rindu akan reban ayam ayahku, dusun buah-buahan yang pelbagai. Alhamdulillah rezeki Allah tidak putus-putus untuk hamba-Nya. Namun di sebalik kisah ini ada terselit duka. Allah lebih menyayangi arwah atukku Wan Hussin Wan Hassan. Beliau sangat terkenal dengan sikap pemurah, masakan tidak semua orang kampung suka akan beliau. Tetapi sayangnya, beliau meninggalkan kami akibat kemalangan. Sungguh pedih hati ini untuk menerima segalanya. Terutama ayahku yang merupakan anak ke-2 daripada lima adik beradiknya.

Hasil tanaman sayur-sayuran yang pelbagai di halaman belakang rumahku masih lagi segar dan subur. Tanah yang masih lagi gembur dan merah menandakan baharu sahaja diusahakan oleh arwah. Sungguh hati ini pilu ketika menukilkan kisah ini. Hati terlalu sebak! Namun coretan ini akan aku jadikan kisah benar bagi tanda ingatanku dan keluargaku. 100 hari sebelum pemergian arwah, arwah baharu sahaja pulang dari menunaikan umrah bersama anaknya Wan Som dan cucunya Amira Sofiya. Dengan pemergian ini, diharap Tok Wan dapat lagi kembali ke bumi Kelantan.

Ya..sememangnya Tok Wan kembali lagi ke tanah tumpah darahnya. Selepas itu, Tok Wan mula membajak tanah di halaman belakang rumahku untuk menanam pelbagai sayuran dan buah-buahan. Sungguh tubuh badan Tok Wan masih lagi gagah walau usia mencecah 86 tahun. Sedikit pun tok wan tidak pernah menzahirkan lelah penatnya. Itulah yang membuatkan tok wan nampak begitu bertenaga. Aku sentiasa mendoakan tok wan panjang umur dan sihat tubuh badan. Namun ajal maut itu Allah yang tentukan. Kita sebagai hamba perlu menerima takdir-Nya dengan ikhlas dan redha.
Saban hari, aku berada di kolej..

Tiba musim yang dinantikan! Cuti semester kembali lagi. Hati ini diusik rasa gembira untuk pulang ke kampung. Aku menaiki bas pada hari itu untuk pulang ke kampungku. Samapainya aku pada petang nan senja di kampung halamanku. Sungguh cantik pemandangan matahari yang terbenam di ufuk barat. Ku lihat kelibat tok wan yang pulang dengan menaiki motosikalnya. Seperti biasa adikku jua sempat menyediakan minuman dan kuih pada tok wan. Pesan ayah, “jangan dilupakan soal makan minum orang tua.” Hatta orang itu sama ada jiran tetangga kita atau saudara yang terdekat dengan kita. Maka di sini ayah mengajarku dan adik beradik yang lain menghormati tetamu yang datang ke rumah. Terima kasih ayah!

Pada keesokkan harinya. Entah kenapa pada hari itu mataku rasa mengantuk sangat. Namun, ku gagahi jua untuk meneruskan kerja-kerja rumah pada pagi itu. Aku perasan bunyi enjin motosikal tok wan datang lagi. Agakku mungkin tokwan datang untuk meneruskan kerja di kebun halaman belakang rumahku. Aku terus ke dapur untuk mencuci pinggang mangkuk di singki. Tiba-tiba, deruman enjin motosikal tok wan meninggalkan kediaman rumahku. Agak pelik kerana begitu sebentar tok wan datang pada pagi itu. Rupanya tok wan ingin ke kebun yang satu lagi untuk menjenguk biri-birinya di kandang yang tidak jauh dari rumahku.
Gedebuuutttttttttt….penggggggg!!!! (gimik bunyi sesuatu yang berlanggar) tika ini aku fikir, agaknya lori Pak Lah yang mengangkut besi buruk yang kedengaran. Bisikku lagi, agaknya besi-besi yang jatuh di bahu jalan.
Kring….kring…kring…telefon ayah mula berbunyi. Tidak sempat ku jawab, lantas along mendapatkannya. Assalamualaikum,..salam didahulukan. Kelihatan riak wajah along bertukar kerisauan…Astargfirullah… terdengar lafaz istifar dari bibir along. Aku sendiri terpinga-pinga melihat along sedemikian rupa.  “kenapa long?” soalku dengan perlahan.
“Cepat-cepat bagitahu ayah, tok wan kemalangan.” Aku bagai tak keruan pantas menuruni anak tangga untuk mendapatkan ayahku yang berada di halaman reban ayam kampung.
“Ayah,ayah,ayah…!” jeritku.
“Kenapa dengan kamu ni.” Ayah sangat terkejut dengan panggilanku.

No comments:

Post a Comment