Thursday 14 March 2013

Keringat Terakhir...


Alhamdulillah..saya masih diberi sedikit ruang untuk meneruskan coretan di blog Indahnya Percaturan-Mu.. ya sungguh indah, diberi akal, nikmat Islam dan Iman.. dilahirkan dalam benih keimanan, semoga Allah swt melindungi saya dan keluarga saya serta kaum muslimin dan muslimat yang lain. Insya Allah...

Tidak terhitungnya jasa kedua ibu bapa saya yang menjaga dan mendidik saya sejak kecil... sungguh hati ini terharu kerana melayan karenah ku sejak kecil sehingga kini aku telah mencecah dewasa..barangkali ujian dari Allah itu sungguh manis bila seiring dengan sikap sabar yang berpanjangan..namun kita hanya manusia biasa terkadang alpa dengan sikap itu sendiri...

Umi...
pertama kali, anakmu ini melihat umi sedari bangun pagi untuk mencari nafkah bagi anak-anakmu ini. sungguh hati ini diruntum sebak..kerana umi tidak banyak mengeluh demi mencari sesuap nasi bagi membesarkan kami adik beradik...masih ku ingat lagi, malah segar dalam ingatan..umi membuat kuih-muih untuk letak di kedai makan bagi pendapatan lebih.. Aku dengan ringan tulang menolong umi daripada tidak pandai membuat kuih-muih sehingga aku pandai untuk membuatnya sendiri...

malah, terkadang umi memberiku nasihat agarku membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapanku. Aku rasa bersyukur...Ayah juga tidak putus-putus mendoakan kebaikan untukku.. Kata ayah.. Tuntutlah Ilmu untuk bekalan di dada...Kata ayah, memang benar. Aku terus menerus mengulangkaji pelajaran sewaktu berada kipsas...

Janjiku kerana Ayah dan umi...
Aku sedar kegagalan yang lalu, membuatkan umi dan ayh berduka cita denganku..saat itu hanya Allah SWT yang mengetahui bagaimana keadaaku..Namun hati ini bertekad ingin menggengam janji untuk belajar bersungguh-sungguh...Alhamdulillah, doaku seiring dengan kejayaan yang aku capai sehingga sekarang..aku mulai sedar,..kejayaan itu bergantung pada niat kita KERANA ALLAH...bukan kerana dunia! Subhanallah..
ajaib dan sungguh menakjubkan...

Keajaiban..
Dimakbul doaku dalam sujud supaya aku berjaya dalam pelajaran...usah dikenang waktu dahulu. Aku jauh berbeza...Bila bercakap soal rezeki..hari demi hari aku menghitungnya untuk mendapatkan sesuatu yang telah lama aku hajati..Iaitu menjadi seorang jururawat..saban hari aku berdoa semoga doaku dimakbulkan oleh Allah..segala jernih deraian air mataku bergelinangan memohon kepada Yang Esa dalam tahajud ku..
Teringat daku kepada ayah, selalu berpesan Tiada Jalan Lain Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah..sentiasa lah memohon doa dan bersungguh-sungguh meminta dari-Nya...Alhamdulillah! tidak terkiranya syukurku padamu Ya Allah. Aku mendapat tawaran untuk mengikuti kursus kejururawatan di Kolej Kejururawatan Kangar, Perlis...Saat itu aku tidak henti-henti berasa bersyukur kepada Allah SWT.

Istikharah jalan terbaik..
Memandangkan kedua-duanya adalah perkara yang baik bagiku.. Istikharah ku dahuluinya...Namun, sebelum itu, aku mula tekad ingin berhenti daripada kipsas. Namun pelbagai mehnah datang menimpaku. Setiap hari aku tidak berhenti memohon petunjuk dari Allah SWT agar Dia memberiku jalan yang terbaik dan jalan yang diredhainya..Walau pelbagai nasihat, pendapat daripada pensyarah dan kawan-kawan. Hatiku jelas tidak nampak sedikit pun jalan yang harus ku pilih..Namun ku tekad azam ini untuk keluar dari kipsas untuk menjalani kursus tersebut selama 2 tahun setengah..Hatiku berkata. "peluang bukan selalu datang, ilmu boleh ditimba walau di mana jua kita berada." Tapi peluang nak kerja sekarang amat terhad. Kononya masa itu heboh soal susah nak dapatkan kerja. Tambahan pula tawaran itu dari kerajaan. Aku berbisik sendiri..Pernah abangku berkata. "Peluang kerja itu sentiasa ada, cuma usaha dari kita itu sendiri sama ada hendak atau tidak. Selagi kudrat itu ada, belajarlah." Rezeki itu milik Allah. Pasti ke mana kamu pergi, sudah tercatat di Luh Mahfuz, hatta soal jodoh dan ajal maut sekalipun...Masya Allah, sungguh hati ini hiba menerima teguran nasihat daripada seorang abang untuk adiknya.

Hatiku berbelah bahagi...
Kenapa ayah tidak bercakap denganku? Adakah ayah kecewa atas pilihanku untuk nekad keluar daripada kipsas. Harapan ayahku terlalu tinggi buat diriku. Ayah mahukan yang terbaik buat diriku. Kenapa ayah, salahkah aku memilih thoriq (jalan) untuk haluan hidupku.. mengapa mesti ayah yang mengaturkan semua ini. Berderaian air mataku ini tatkala bermonolog sendirian...Ya Allah, aku mohon dari-Mu kekuatan dan ketabahan hati agar bisa merungkaikan segala perjalanan hidupku ini. Diberi rasa nikmat untuk bersyukur, diberi rasa kekuatan untuk melakukan suruhan-Mu, diberi ketaatan agar aku mampu menyanjung Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW... Tiada jalan lain, melainkan berserah pada Yang Esa...Tiba malam yang selama ini aku nantikan, hatiku berbisik sendiri untuk meneruskan lagi pengajian di kipsas.

Nekad sambung belajar...
Umi! jeritku..saya dapat rasakan yang Allah telah memberi jalan dan petunjuk untuk saya meneruskan lagi pelajaran di kipsas. Umi mengucapkan tanda syukur kerana doa darinya telah makbul. Yakni aku setuju untuk meneruskan pengajian ku semula di kipsas. Terlerai sudah kesedihan yang terbungkam di dalam hatiku ini. Namun, pelbagai lontaran kata-kata yang terpaksa aku dengar.
"Kau ni bodohlah, kenapa kau tak nak pergi lapor diri."
"Erm kenapa mak ayah engkau tak bagi kau ke sana."
"Eh rugilah engkau tak pergi nursing, peluang kerja susah nak dapat."
"Apasal lah engkau buta sangat, peluang ada depan mata pun lepas begitu aje."
Dan pelbagai kata yang terpaksa aku dengar. Aku mengadu pada umi...Umi cakap, biar apa orang kata. Orang tidak akan memahami konsep ilmu...luas dari segi makna. Yang diorang tahu nak kerja. Kata ayah, jangan sedih..orang berilmu disanjung mulia, Allah akan mengangkat darjat seseorang yang berilmu du mata dunia dan akhirat! MasyaAllah. Ayah begitu kuat untuk memberiku semangat untuk meneruskan pelajaranku di kipsas. Begitu juga murabbiku dan sahabatku yang lain. Setiap kesulitan itu terlindung satu hikmat yang belum kita ketahui...

Benar...Allah yang maha berkuasa Untuk Mengatur Kehidupan Hamba-Nya!
Benar...Allah Maha Mendengar segala rintihan dan tangis dalam kita bersujud!
Benar...Allah juga Yang Maha Memberi segala-galanya..sama ada rezeki, nikmat, Kejayaan, Kesenangan..
Kun Fayakun!

Allahu akbar..Indahnya Percaturan-Mu

No comments:

Post a Comment