Sekilas Mutiara


Betullah mata pena lebih tajam dari lidah, masa itu ibarat pedang..namun seringkali kita berbicara tentang jodoh dan rezeki…bila kita foKus untuk jadi yang terbaik..segalanya akan menjadi hak milik kita…~JANJI ALLAH ITU PASTI~

Berpijak pada bumi yang nyata..bersyukur dengan kehidupan yang serba lengkap daripada kesempurnaan hidup ; dari segi harta benda..harta tidak menjamin kita ke syurga namun Iman dan Taqwa seiring dalam kehidupan kita seharian untuk menuju ke akhirat kelak…~al-BAITI WAL  JANNATI ~

Berbicaralah dengan mata hati, bukan dengan kehendak hati…~ SAYANGILAH HATI KITA~

Memadailah dengan ayat yang pendek, walaupun tidak berapa panjang..dakwah itu hak milik semua (Islam) untuk meyampaikannya kepada mad’u di luar sana..~WASILAH UNTUK SEMUA, KITA YANG MANFAATKANNYA,Allahuakbar! ~

Hanya dengan peluh keringat seorang ibu dan ayah yang mendewasakan kita sejak kecil hingga dewasa, kenapa hilangnya hormat kita pada kedua insan ini..Kerana ilmu,pangkat,harta kah yang menjadikan kita lebih dari mereka??? Ingat, selagi mereka masih ada..hormatilah,patuhlah,berbaktilah pada mereka selagi mereka ada di dunia ini..~ ANA UHIBBU UMI & ABI ~

Ramai orang berkata bila nampak seseorang itu bijak :
1.      “orang pandai tak sama dengan kita ni,” @
2.      “orang hebat lain caranya,” @
3.      “eh awak kan selalu dapat cemerlang buatlah sendiri,” @
4.      “saya takde la terror macam awak yang bijak pandai tu,” @
5.      “apa lah sangat jika nak di bandingkan dengan saya yang tak berapa cemerlang macam awak.”

Begitulah rentetan sesetengah orang bila Nampak seseorang tu bijak, bukankah Allah SWT telah menganugerahkan kita akal untuk berfikir? Tiada seorang pun yang dilahirkan di dunia ini yang bodoh, tidak pandai…bukannya yang pernah cemerlang tidak sekali pernah GAGAL, malah dari titik permulaan gagal lah mereka ini akan mula bangkit untuk ke garisan penamatnya CEMERLANG…tidak dikatakan BERJAYA jika seseorang itu tidak pernah gagal dalam hidup. Cemerlang bukan seharusnya dalam akademik, malah dari segi akhlak sahsiah dan kehidupan kita membentuk generasi pd masa akan datang! ~SEMUA ORANG PERNAH MERASAI KEGAGALAN~

Wujudkah DUNIA PILIH KASIH bila kita merasai keadaan berikut :

1.       Ibu melebihkan kasih sayangnya kepada si anak yang BERJAYA  berbanding adik beradik yang lain (kurang berjaya).
2.       Ayah mengambil berat tentang anak kesayangannya bila dapat tahu si anak ada masalah berbanding dengan si anak yang suka memendam rasa keseorangan diri (kerana sudah mengetahui kedudukan yang sebenar bila kita yang meluahkan sendiri pada si ayah).
3.       Kakak selalu manjakan adiknya bila dapat tahu adiknya itulah yang paling rapat dengannya kerana si kakak merasai si adik itu lah paling baik.
4.       Abang pula selalu memarahi adiknya bila nampak si adik melakukan kesilapan @ kelemahan pada diri si adik, berbandingnya adik yang nakal dan periang tidak pula ditegurnya.
5.       Si adik juga mula terasa tersisih  apabila dirinya jauh dari keluarga apabila keluarga (ayah,ibu,abg & kakak)masing-masing punyai tanggungjawab tersendiri.

Persoalannya, mengapa kita jarang sekali untuk mendalami hati @ perasaan orang yang paling terdekat dengan kita. Tidak mustahil  juga wujudnya pula perasaan egois dalam diri. Bukankah mereka ini orang-orang yang paling hampir dengan kita saat kita JATUH, TIDAK BERSEMANGAT, dan kala satu masa kita sendiri akan merindui mereka dek berjauhan…dunia PILIH KASIH tidak wujud jika kita telusurinya dengan betul. HATI lah yang selalu merasai buruknya prasangka kita, kerana HATI segala raja anggota badan…Jadi, renung-renungkan.. (Renungan buat diriku jua)…~JAUHI BURUK SANGKA_HUSNUZON_FIKIR POSITIF~