Thursday 18 April 2013

Sahabat until jannah!


AKU, CINTA DAN SAHABAT!

Pagi ini terasa pijar yang membahang sang bumi nan menghijau…aku seolah-olah tersedar dari lamunan mimpi yang tidak pernah aku mimpikan selama ini. Pertama kali mimpi itu diiringi dengan air mata. Ya Allah, panjangkan umur kedua ibu bapa aku agar mereka bisa melihat anaknya ini berjaya suatu hari kelak. Mereka yang memberi daku semangat saat aku jatuh dan rebah. Mereka jua yang memberi aku segala-galanya sehingga aku berpijak pada bumi yang nyata sehingga sekarang. Tanpa mereka siapalah aku hingga kini. Syukur dipanjatkan kerana masih lagi dikurniakan ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.

            Ya Allah, aku hanya seorang hamba yang menumpang di bumi rahmat Mu ini. Aku sedar akan tanggungjawabku sebagai hamba Mu untuk bersyukur kepada Mu. Di kenalkan aku pada dunia fana ini adalah untuk meneruskan dakwah Mu pada mad’u agar agama Mu ini di sanjung tinggi pada mata hamba Mu di dunia ini. Kekasih Mu ya Rasulullah s.a.w. sangat menjadi kebanggaan ummatnya pada hari ini.

CINTA?

            Seandainya cinta kita mendahului segala cinta terhadap Allah dan Kekasih Nya. Tiada lagi rasa cinta yang hakiki. Rasa cinta duniawi dan hakiki sangatlah berbeza pada fikrahnya. Seandainya manusia ini mengejar cinta pada manusia tanpa redha dari-Nya kelak manusia itu yang rugi. Malah masa yang dihamparkan untuk mencintai Sang Maha Agung kita terlalu singkat bahkan masih lagi rapuh. Tetapi kita masih lagi mengharapkan pada cinta yang belum selayaknya kita miliki. Ya Allah, seandainya hari ini aku kehilangan sahabat yang Engkau utuskan kepadaku. Redhakanlah hati hati ini agar aku bisa bermuhasabah dan menjadi hamba Mu yang bersyukur.

                                           

SAHABAT?

            Aku percaya kerana seorang sahabat yang aku kenali juga itu adalah kerana Allah s.w.t. yang pertemukan kami di dunia ini. Jika singkatnya tempoh perkenalan kami pada hari ini maka panjangkan rasa kasih di antara kami kerana Mu jua ya Allah. Kerana Engkau yang mengetahui segala baik perancangan hamba Mu ini ya Allah. J Di uji perasaan ini bagai membelah rasa keimanan di hati..moga hati yang selalu rapuh ini akan lebih tabah dalam mengenali cinta Agung J. Insya Allah!


                                           Ana Uhibbuki Fillah Abadan Abada... :)

INI KISAH PARA SAHABAT...

Insya Allah.. Perkongsian kisah percintaan hebat Saidina Ali k.w.h. dan Saidatina Fatimah r.a. J. Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah r.a. semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya.

**********
            Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah s.a.w. itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
            “Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali.

Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding dengan Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti  Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.

Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihat juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar, Utsman, Abdurrahman Ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa’id Ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali.

Lihatlah berapa banyak budak Muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah Ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, Insya Allah lebih bisa membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

“Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali. Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

            Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh Islam, dan dia pula meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

            Ya, AL FARUQ  sang pemisah kebenaran dan kebatilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, “aku datang bersama Abu Bakar dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Sidiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasulullah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Sidiq r.a. “Apakah engkau menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Sidiq menyatakan kesediaannya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As- Sidiq r.a dengan tergopoh-gapah dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya:

“Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirehat sejenak Abu Bakar As-Sidiq r.a. segera menjelaskan persoalannya :

“Hai Ali engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih disbanding dengan orang lain. Sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t.

 “Hai alia pa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata : “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a.. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Iman Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata “hai Ali, janganlah engkau berkata sperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasulullah s.a.w. Bebepara waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasulullah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasululla s.a.w. : “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah s.a.w. menjawab “bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi “Ya tetapi siapakah dai itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawan Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu : “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepada seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasulullah mendahului berkata “hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan.Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabulpernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda." 

Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..”

*********

Begitulah cinta yang bersenikan diam.. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya..

Cantik ibrah dua insan agung ini.. Titipkanlah cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu..

ALLAH sentiasa mengetahui detik hatimu dan meraikan fitrahmu.. J
Alhamdulillah..moga perkongsian kisah tersebut kita akan pelajari darinya… J
Syukran jazilan ya sahabat J



          Kenangan bersama sahabat media, Ustaz Ainuddin dan Cik Juwairiah dalam " Ukhuwah bersamamu Media" 2010~2013...                                                                                                                           


No comments:

Post a Comment