Benar...redha
Allah sangat penting dalam sesebuah kehidupan manusia yang bergelar Muslim…Kerana
apa? Kerana redha Allah juga terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Mereka yang
membesarkan kita sejak kecil..meskipun kita sudah berjaya menggenggam segulung
ijazah untuknya namun ia belum cukup untuk membalas jasa kedua ibu bapa kita. Teringat
saya akan kisah Ustaz Kazim Elias…Beliau pernah menceritakan bahawa ayahnya
meninggalkan beliau semasa beliau berumur lapan bulan kerana ayahnya pergi
menghadap Ilahi. Kesimpulannya, dosa Ustaz terhadap ayahnya sudah terlepas…kita
yang masih mempunyai kedua ibu bapa ini masih lagi boleh melihat ibu dan ayah
kita. Jangan menyesal seandainya mereka pergi terlebih dahulu daripada kita
tanpa mohon maaf kepada mereka. Ketika mereka masih hidup inilah kita perlu
menghargainya. Kerana kasih sayang kedua ibu bapa kita tiada galang
penggantinya.
Pernah kita terfikir semua itu? Ayuh
sama-sama kita renungkan segala pengorbanan mereka untuk mendewasakan kita
sejak kecil lagi… Subhanallah! Mereka ini sedikit tidak pernah mengeluarkan
kata-kata jemu untuk mendidik anak-anaknya.. mereka inilah yang sanggup bangun tengah
malam untuk melihat keadaan kita tika kita nyenyak tidur. Mereka inilah yang
mendukung kita tiap tangisan si kecil berpanjangan… mereka inilah yang
membuatkan susu dan berjaga malam untuk kita. Sehingga mereka sanggup tidak
tidur semata-mata untuk menjaga kita. Siang pula, kita ditemani ibu bapa untuk
menghiburkan kita.
Bila sudah tiba masa si anak untuk
menerima asuhan didikan. Ibu sanggup pula bergadai wang ringgit untuk
menyekolahkan anaknya sehingga si anak berjaya ke menara gading…pelbagai
permintaan si anak terhadap ke dua ibu bapanya bila mereka telah dewasa. Walhal
si ibu bapa ini tidak pernah sesekali meminta satu sen daripada si anak. Subhanallah!
Apakah kita sudah lupa akan hal ini? Pernah ke kalian merenung wajah mereka
ketika mereka dalam kepenatan..pernah ke kita mengusap jari jemari mereka yang
berkedut dek usia yang semakin tua. Pernah ke kita tatap wajah mereka sehingga
kita menitiskan air mata? Dan pernah tak kita tengok wajah-wajah mereka ini
sewaktu mereka tidur? Ternyatalah wajah ini tersurat seribu pengorbanan buat
kita…. Apa lagi yang perlu kita nafikan untuk ibu bapa kita wahai si anak…
Saat si ayah mengadu kesakitan..tika
itulah hati ini sebak di dada.. Ya Allah..ampunilah segala dosaku terhap ke dua
ibu bapaku..mereka inilah yang banyak berkorban untukku selama ini.. teringat
daku sewaktu kecil dan kini. Bila si anak sakit, pantas si ayah membawa si anak
ke klinik atau hospital. Subhanallah! Sangat perihatin mereka terhadap si anak…
diberi makanan kemudian disuap pula untuk kita…Tidakkah kau berasa betapa
menggunungnya sayang ibu bapa kita terhadap si anaknya.. Ya! Kalian sangat
menyanyangi kita semua..apa lagi kita selalu dijaga olehnya…sudah semestinya
juga anak yang dijaga itu akan memberi kejayaan kepadanya satu hari nanti. Jika
bukan segulung ijazah untuk mereka, mintalah dari Nya supaya menjadi anak yang soleh
dan solehah. Insya Allah…agar kita bisa bertemu di syurga nanti!
Masakan anak boleh membenci ibu
bapanya lagi? Kerana apa? Kerana mereka ini tidak mengikut kehendakmu? Kerana mereka
ini tidak memberi kebebasan kepadamu? Sedarlah wahai si anak… mereka ini
inginkan yang terbaik demi masa hadapan kalian semua. Ya! Semestinya.. maka
sebab itulah kamu perlu belajar dan terus belajar… Kamu tidak mungkin akan
menjadi kuat tanpa doa dari mereka. Kerana apa? Doa ibu bapa adalah kunci
kejayaan kita pada hari ini. Jika mereka tidak redha akan kita, maka itu satu
petunjuk kita tidak lagi berada di jalan Mardhatillah… Kerana kita lupa akan
redha Allah jua ada kaitan dengan redha ibu dan ayah kita.
Jadi
apa sumbangan kita untuk mereka?
Adakah
hanya mengupah tok imam untuk mengimamkan solat jenazah mereka atau pun
mewakilkan kepada orang lain untuk memandikan serta mengkafankan mereka.
Sedih!
Kerana kesedaran dalam kalangan generasi muda sekarang untuk melaksanakan
tanggungjawab ini amat sedikit sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu
cara-cara menguruskan jenazah dan hanya tahu menyerahkan sepenuhnya kepada
orang lain untuk melaksanakannya.
Bayangkanlah
jika suatu hari nanti ayah atau ibu bapa kita meninggal dunia. Sanggupkah kita
membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa
sebarang ilmu.
Dengan
alasan “Saya belum bersedia lagi.”
Jika
itu jawapannya maka sangat rugilah kita! Amat mendukacitakan sekali. Sedih sekali.
“Ya
Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya
sebagaimana mereka memeliharaku pada pada waktu kecil.”
Di
dalam al-Quran, Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak
terhadap kedua ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak sentiasa
taat dan patuh kepada ibu bapa, di mana Allah SWT menyuruh agar anak-anak
sentiasa taat dan patuh kepada ibu bapa dengan sentiasa berbuat baik kepada
keduanya dan apabila berbicara dengan mereka hendaklah dengan menggunakan
bahasa yang lembut.
Seperti
firman-Nya yang bermaksud :
“…dan
Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengkin
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun).”
(Surah
al-Isra’ ayat 23)
Walau
bagimanapun, perlu diingatkan, wang bukanlah satu-satunya mediaum untuk
membalas atau mengenang jasa ibu bapa. Jangan tersilap konsep. Ramai menganggap
dengan memberi wang kepada ibu bapa, maka dia beranggapan ‘sedang’ membalas
jasa ibu bapa. Sedangkan membalas jasa ibu bapa lebih luas daripada itu.
Adakah
kita sebagai seorang anak sudah bersedia memandikan, mengkafankan dan
mengimamkan kedua ibubapa kita kelak? Allahu akbar. Belajarlah
selagi ada masa sebelum mereka pergi meninggalkan kita dalam keadaan kita belum
bersedia.
Wallahualam.
Coretan ini sekadar luahan hati yang tulus dari penulis…
seandainya ia tidak kena pada pembaca. Saya memohon maaf.. Sesungguhnya apa yang baik itu adalah datang
dari Allah, apa yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya…segalanya lahir dari hati insan yang dhaif..
Wan Haron Wan Hussin dan Raihan Mohamad
Inilah ke dua ibu bapa saya yang mendidik saya dan mendewasakan saya hingga kini!
Terima kasih umi & wan.. jasamu takkan ku lupakan selagi nadi ini berdenyut..
SAYA SAYANG KALIAN... :)
“Umi,
wan…Semoga doa kalian berpanjangan untuk anakmu ini dalam memperjuangkan diri
di bumi Allah s.w.t…”
1.30 a.m / 22 April 2013… / ditemani alunan Qasidah Ya Badratin dan zikir taubat.. sungguh menenangkan jiwa..
No comments:
Post a Comment