Wednesday 27 March 2013

Duhai Suri Rumah...

Duhai suri rumah yang kental jiwanya untuk Islam.
Pelengkap dirimu bukan kerana dunia rumah tangga semata-mata..
Namun Ilmu Allah jua bermakna untuk kemudikan keluargamu ke syurga abadi...
Kerana ia jua disoal oleh sang para Malaikat akan kewajipan di dunia yang fana..

Duhai pelengkap hidupku...
Hadirmu bukan menjengah untuk meringankan beban...
Malah perkongsian ilmu, didikan mu, asuhan mu...
Sangat bermakna buatku yang bergelar anak...

Duhai pelindungku..
Lindungilah aku seperti mana kau melindungi dirimu agar terpelihara akhlak pekertiku...
Akan ku abadikan kasih sayang mu sehingga ke akhir hayatku..
Duhai penjaga ku yang bergelar Ibu dan Ayah...
Tidak pernah ku lupakan jasamu untuk mendewasakan ku sejak kecil...
Daripada aku merangkak, bertatih dan berjalan...
Berjalan untuk mencari jalan yang Engkau redhai-Nya..

Duhai Pemilik sekalian Alam..
Hidupkan lah jiwa ini dengan benih semaian yang berpintalkan keimanan..
Kerana ku tahu fikrah manusia untuk yang terbaik buat dirinya..
Maka,
Jadikanlah aku sebagai jundullah yang sentiasa mengingati akan rahmat yang telah Engkau limpahkan..
Agar aku mampu bersyukur dengan nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku..

Jika hari ini aku lalai,
Ingatkan aku dengan ujian-Mu,
Jika hari ini aku malas,
Ingatkan aku dengan ihsan dari-Mu,
Jika hari ini aku lemah,
Berikan aku kesempatan untuk bertaqarrub dengan-Mu..

Semoga...
Jiwa yang rapuh ini..
Bisa disirami dengan air yang jernih...
Bisa dirawat dengan penawarnya ketaqwaan pada-Mu...

Allahu Akbar!
Coretan buat jendela hatiku yang mudah rapuh..
Mendoakan kebaikan ibu bapa adalah perkara yang wajib dilakukan!
Sesungguhnya doa ibu bapa adalah senjata dan kunci segala-galanya rezeki kita...
Jadi, fikir-fikirkan dan selamat beramal....
Amin...Ya Rabb.



Syukran jazilan khairan kathira buat umi tersayang...
Keranamu ku mengenali dunia..
Keranamu ku kenali erti hidup berdikari..
Kerana ayah jua..
Ku mampu bertatih untuk mencari bekalan ilmu buat di akhirat kelak...
Allahumma Amin...

No comments:

Post a Comment