Sunday 14 April 2013

Antara "Dua Benua"...!!




Cinta Dan Doa!

Bukan mudah untuk memahami sesuatu yang sukar bagi kita..
Mungkin kerana kita yang terlalu ego untuk meluahkan rasa yang sebenar..
Allahu Akbar...
Betapa aku sabar dalam mengejar nikmat Mu ini...
Jika aku gopoh dalam mengejar cinta duniawi..
Kelak aku yang rugi..
Sesungguhnya aku diuji dengan sahabat yang baik..

Kemudian diuji rasa akan sayang padanya..
kerana dia taat mencintai agama Mu...
Biarlah dia tidak memahami kerana apa aku jadi begini...
Walhal aku cuba untuk menyampaikan kepadanya..
Namun aku tidak mampu...
Selagi terdaya..
Akan ku simpan rasa ini kepada yang layak untuk ku suatu hari nanti...

Kerana perasaan cinta terhadapnya...
Aku lebih rela berdiam diri....
Daripada aku terus membuai hanyut perasaan yang belum tentu menjadi milikku...
Maafkan aku...
Kerana Allah kita dipertemukan..
Dan benar juga..
Kerana Allah kita akan berpisah...

Jika Allah cepat mengabulkan doamu, Dia menyayangimu...
Jika Allah telah mengabulkan doamu..
Dia sedang mengujimu...
Tetapi jika Allah tidak mengabulkan doamu...
Ertinya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu...

:) Senyumlah wahai hati jika kita merasa itu bukan milik kita...
Sabar adalah sebaiknya...mohon Allah berikan yang terbaik untuk kita...
Amin..:)

No comments:

Post a Comment