Sunday 7 April 2013

Kerana diari itu...


Blog...

Dari kecil lagi ku sedari ianya wujud...
Namun ku hanya mampu bertatih pada sehelai kertas...
Segala jiwa rajukku...
Segala suka dukaku...
Ku lakarkan pada lembaran diariku...

Menyedari...
Bahawa hakikat untuk menulis itu sangat penting..
Ke mana sahaja ingin ku catatkan dalam diari...
Sungguh..
Aku benar-benar ingin menulis...
Namun..
Hari ini saya punyai blog untuk menukilkan segalanya...
Tapi apa yang saya nukilkan ini 
Hanya sekadar perkongsian bersama...

Kata ayah "bila anak ayah nak jadi penulis?"
Aku hanya terdiam sejenak
Tapi persoalan itu hanya dituju kepada kakakku..
Memandangkan kakak pemegang "master"..
Tapi perbezaan gelaran ikhtisas bukan menjadi ukuran!

Benarlah!

Akan ku cuba untuk menjadi pena yang sedia untuk menulis...
Tanpa pengetahuan dari si ayah...

~Uktub bil Dakwah~ :) : insya Allah :

No comments:

Post a Comment