Kerana ukhwah!
Mengenalimu pada hari ini mungkin kerana Allah s.w.t
Dihantarkan oleh Nya untuk seseorang hamba yang ingin berubah
ke arah kebaikan..
Itulah sebaik-baiknya hamba Allah yang di abdikan dirinya
untuk saling ingat mengingati tentang agama Mu…
Ukhwah yang bersulamkan ketaqwaan pada Nya akan lebih indah
di sisi Nya…
Kerana Allah s.w.t ku dipertemukan…
Kerana Allah s.w.t jua sikap ku banyak mengingati Mu…
Dahulu…
Keseronokan yang menjadi tembok…
Tembok antara pemisah ku dengan ingat dan lupa…
Bahawa keseronokan yang dimiliki pada hari ini bukannya
berkekalan
Sebaliknya hati yang merana…
Kini…..
Ketaqwaan yang menjadi medan untuk kita
Di sini hati-hati kita akan lebih dekat dengan Nya
Meskipun hati ini rapuh dalam sedar…
Terkadang diriku alpa…
Maka bersangka baiklah dengan Nya…
Moga Allah pelihara kita…
Amin.. J
No comments:
Post a Comment