Wednesday 10 April 2013

kenapa Asma al Husna..


Tatkala lena yang lain diulit nan mimpi..
Ku cuba bangkit dari lenaku..
Bermula dengan zikrullah..
Sungguh hati ini hiba..
Hiba kerana ketandusan jiwa rohani pada mengingatimu Ya Rabb..
Aku menangis dalam doamu..
Agar dikuatkan hati berjalan pada medan dakwah Mu....

Sungguh pagi ini jiwaku terusik dengan alunan Asma al Husna..
Menyebut nama-nama Mu...
Dalam rasa kehambaan ini..
Ku cuba untuk memperbaiki diri bermujahadah di jalan Mu...

Kalamullah Mu cuba menenangkan jiwa ini..
Siang dan malam...
Ku tersungkur di pintu taubat...
Moga diri ini mendapat maghfirah dari Mu...

Tiada harap pada yang lain..
Moga redha dari Mu saling berpanjangan..
Kentalnya jiwa ini kerana Mu Ya Allah..
Lemahnya hati ini kerana dosa yang lalu..

Maka titiskan lah rasa ketaqwaan ini bagi membenih rasa cintaku ini pada Mu
pada Kekasih Mu
pada sahabat yang cinta akan Agama Mu
Jangan biarkan hati ini berpaling tadah dari Mu...
Kerana selemah-lemah insan seperti aku adalah alpa!
Sebaik-baik seseorang insan itu adalah sentiasa memperingatiku
kepada Agama Mu dan jua Nasihat Mu...

Allahu akbar!
syukran jazilan :)

29 Jamadil Awal 1434H
5.35 am.





No comments:

Post a Comment