Wednesday 10 April 2013

Lorong Ujian Dari Mu...



Di lorong ini ku berjalan mengejar ilmu Mu Ya Allah..
Tanda rasa bersyukur..
Ku masih di jalanan ilmu..
Berjalan tanpa henti....

Allah Allah Allah....
Kerana petunjuk dari Mu...
Aku masih di sini...

Indah sungguh jalan yang berliku itu..
Kerana di situ..
Terasa ujian dari Mu...
Untuk hamba Nya..

Allah tidak memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...
(al-Baqarah 286)

Malah Rasulullah s.a.w. sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud:

Satu ketika Nabi s.a.w ditanya "Siapakah orang yang paling berat ujiannya?". Maka Baginda menjawab :

"Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia di tinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan yang bersih dari dosa."

(Riwayat Imam Tirmizi)


No comments:

Post a Comment